Monday, December 22, 2008

Majlis Tahlil Perdana Peringkat Bahagian Limbang




pada 8 Disember 2008, satu majlis Tahlil Perdana dan bacaan Yasin telah diadakan bagi memperingati jasa pejuang-pejuang kemerdekaan di Limbang yang telah gugur semasa berjuang menentang penjajah dari bumi Limbang..

Satu penerangan ringkas mengenai kisah perjuangan pada masa tersebut telah disampaikan oleh Ayahanda Penghulu Haji Salleh Bin Hj. Sambas yang merupakan salah seorang pejuang pada zaman tersebut.

Majlis ini juga dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu Ahli Parlimen Limbang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Kota Limbang..

Thursday, November 27, 2008

Majlis Perkahwinan Sufian Mahat




Sufian telah mendirikan rumahtangga bersama seorang Ustazah yang bertugas di Jabatan Agama Islam Limbang iaitu Meriam bt. Fadil.

Majlis dipihak lelaki telah diadakan pada 09 November 2008 di Kampung Pahlawan. Majlis ini amat meriah dengan kehadiran tetamu yang ramai.

Yang Berhormat Hj. Hasbi ahli parlimen Limbang dan Yang Berhormat Dr. Abdul Rahman Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Kota turut hadir pada majlis tersebut.

Saturday, October 11, 2008

Pengenalan


Selamat Datang Ke Laman Blog Kampung Pahlawan..

Terlebih dahulu pihak pengurusan mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi melayari laman blog ini.

Blog ini dihasilkan bagi tujuan memberi maklumat terkini berkenaan Kampung Pahlawan kepada orang ramai khususnya kepada anak-anak Kampung Pahlawan yang berada jauh di perantauan. Bak kata pepatah, jauh di mata di hati jangan.

Kampung Pahlawan semakin maju dari segi infrastruktur dan penduduknya. Oleh itu, penghasilan Blog ini merupakan satu lagi kemajuan dari segi Teknologi bagi Kampung Pahlawan dan penduduknya.

Pihak pengurusan juga ingin mengucapkan selamat datang dan selamat beramah mesra kepada semua Warga Kampung Pahlawan yang sedang di Perantauan. Walau di mana anda berada, segala maklumat terkini mengenai Kampung Pahlawan akan anda perolehi melalui Blog ini.

Diharapkan Blog ini akan dapat merapatkan hubungan semua perantau-perantau dan dapat mengeratkan silaturrahim sesama kita baik yang berada di perantauan mahupun yang berada di kampung halaman.

Oleh yang demikian, anda dialu-alukan mendaftar sebagai ahli Blog ini..

Kemudahan Infrastruktur

Kampung ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan Infrastruktur seperti Sekolah, Masjid, Balairaya, Tabika Perpaduan, Perpustakaan Desa, Padang Permainan dan lain-lain lagi.






Selain daripada itu, terdapat juga kemudahan untuk persatuan-persatuan menjalankan aktiviti seperti bangunan persatuan K3P yang merupakan satu-satunya pusat K3P Daerah Limbang dan bangunan Komuniti Bestari. Kampung Pahlawan juga telah diwartakan sebagai kawasan Gerakan Daya Wawasan dan ini boleh merancakkan lagi aktiviti penduduk melalui peruntukan dan suntikan kewangan yang disalurkan oleh pihak Kerajaan.





Terdapat sebuah Kompleks Pemeriksaan Imigresen di kawasan kampung ini yang merupakan laluan masuk dan keluar antara Daerah Limbang, Sarawak dan Daerah Temburung, Brunei Darussalam. Oleh kerana garis sempadan antara Limbang dan Temburung merupakan sebatang anak sungai, maka perkhidmatan Feri mengangkut kenderaan juga turut disediakan. Apa yang lebih membanggakan, Syarikat perkhidmatan feri ini adalah milik anak jati kampung ini yang mendapat kerjasama dari pihak negara Brunei Darussalam.
























Thursday, October 9, 2008

Persediaan Syawal

Cucul (Pelita)

Pemuda Kampung Pahlawan juga telah sepakat untuk menyediakan Cucul (pelita) di sepanjang jalan kampung.

Kerja-kerja penyediaan telah dilakukan secara bergotong royong bagi memastikan ketibaan Syawal disambut dengan lebih meriah dan berseri.



Kemeriahan Syawal jelas terasa tatkala melihat kesungguhan perpaduan antara pemuda kampung yang bersama-sama menyediakan deretan cucul disepanjang jalan.

Zon tatal yang diketuai oleh Zulhi atau lebih dikenali sebagai Chiqal dibawah naungan Roy Rahman telah membuat persiapan cucul 10 hari sebelum menjelang syawal. Dimulakan dengan gotong royong mengumpul kayu untuk tiang hinggalah mengisi minyak ke dalam cucul, semuanya dilakukan secara bergotong royong. Terima kasih juga kepada ahli-ahli lain yang bekerja keras terutamanya Sitam, Kambing, Bem, P-Ja, dan Mumbai..



Zon Batu Lapan pula diketuai oleh Abai dan dibantu oleh ahli-ahli yang gagah perkasa seperti Rashid, Ayob Kent, Tinggo dan lain-lain yang tidak dapat disebutkan nama mereka. sebanyak kira-kira 250 cucul telah dipasang menjadikan zon ini antara zon yang paling menyerlah di Kampung Pahlawan.










Wajah dan Aksi Pemuda yang sedang bertungkus Lumus menyediakan Cucul











Penghayatan Ramadhan

Majlis Khatam Al-Quran & Makan Malam 7

Bersempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1429H, satu majlis Khatam Al-Quran dan Makan Malam 7 telah diadakan di Masjid Kampung Pahlawan.
Majlis ini telah diadakan pada 27 September 2008 bersamaan 27 Ramadhan 1429H. Semua perbelanjaan adah hasil sumbangan penduduk kampung sendiri. Beberapa orang jemputan dari luar kampung turut hadir memeriahkan lagi majlis tersebut.
Terima Kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada mereka yang telah terlibat bagi menjayakan majlis ini terutamanya pasukan masakan yang sanggup berpanas dengan api di Bulan Puasa ini.